Sunday, 27 October 2013

Tak ada lelaki selembut zauj

assalamualaikum wbh
apa khabar sahabat? 

Moga semua sihat ye. alhamdulillah, zaujah pun sihat dah sekarang. zauj pun sama. Masing-masing sibuk tapi masih cuba gak update blog sebab hari ni kan hati zaujah tersentuh dengan zauj :'(

sepanjang hidup zaujah, tak pernah jumpa lagi lelaki selembut zauj.
Sikapnya yang lembut layan perempuan spt zaujah, buat zaujah rasa macam.. speechless.
Moga Allah rahmati beliau. Inshaallah. Beliau masih hormati zaujah walaupun zaujah ni nakal kadang-kadang. Beliau banyak mengubah kehidupan zaujah setakat ni. antara sedar& tak je. 

Terima kasih zauj. Moga jadi zauj sampai syurga, ameen :)


Sunday, 20 October 2013

Perubahan

assalamualaikum

zaujah rasa risau pula kadang-kadang,
rasa sedih pun ada.

cabaran pertama yang zaujah rasa lemah nak hadapi ialah .. zauj sakit. serius zaujah pun tak tahu apa zaujah nak buat, sebab zauj sekarang dah balik Melaka. sambung belajar. walaupun zaujah di selangor, susah nak turun sebab komitmen belajar juga. 

''Allah, ringankanlah sakit beliau (zauj) '' .

Lagi satu kerisauan zaujah pd zauj ialah zauj handsome, ramai peminat. walaupun zaujah minat zauj bukan sebab handsome, tapi sebab kebaikan dia.. tapi risau juga mata-mata orang yang tak turunkan pandangan mereka tu. huhu. Tak apa, selalu pesan pd hati spy bersabar..:) Allah sentiasa berada dengan orang yang sabar kan. 

Bertenang zauj sayang,
sesungguhnya Allah bersama-sama dengan kamu. 

Tak ada kasih sayang yang lebih kekal melainkan kasih sayang Allah, Dia rindukan kamu. Dia sayangkan kamu, ujian untuk kamu dari Dia, dan Dia jua lah penyelesaian masalah kpd ujian ini. Inshaallah zauj. 

Thursday, 17 October 2013

Post kedua dari Zauj

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 Assalamualaikum wbh.


Langit tak selalu cerah, kekadang mendung tanda nak hujan, hidup tak selalu indah , ada masa diberi ujian , itulah tanda diri disayangi Tuhan. Tujuan hati bukanlah nak berayat bunga, saja nak tambah perisa.(ehem). =D

 'Hazal yaum' (Hari ini) .. zauj dan zaujah tak berapa sihat. MasyaAllah, ujian untuk kami. Erm, tengok ubat pun teringat zaujah nun berada jauh di Selangor. Khabarnya sama-sama demam panas. Zauj dari pagi muntah-muntah and kepala terasa berat dek memikul bata 5kg. Hmm. . . . . . . . . . .=.=''

Pening-pening nak tumbang. Alhamdulillah.. masih jugak boleh berjalan sikit-sikit.

**

Tapi dengarnya jugak.. zaujah demam teruk. =( 
penin-penin .. nak bangun pun rasa pitam katanya .. duhai zaujah.
risaunya keadaan dia di sana. Dapat-dapat tahu si zaujah tak makan-makan pun lagi. Duhai oh duhai..

Makan la.. at least isi perut tu. Jangan dibiar kekosongan. 

Zauj pernah alami keadaan seperti zaujah. Kuatkan semangat ye zaujah!..
kalau rasa penin-penin tu picit ler kepala sikit. Letak minyak cap kapak ke kan. Urut-urut, cengkam rambut sikit har. Biasanya darah banyak berkumpul di kepala dan membuatkan rasa panas and tegang. ye basahkan sikit rambut tu dengan air .. basuh muka jugak. Kalau mampu, mandi kerap. Kalau tak mampu, lap ler badan tu dengan air. Mudah-mudahan kurang la sikit suhu badan zaujah tu. ehem.

**

MIGRAINE ??

Allahurabbi. Migraine memang sakit kepala tahap petala 17. Bukan 'Rindu Petala 17'. Itu lain cerita.
Heee. =D ye. Sakitnya bukan kepalang.. 

Hanya Allah Yang Maha Kuasa je tahu betapa siksanya juga azab migraine ni..

Setiap insan yang ada migraine neh, ada migraine tersendiri .. zauj pun ada migraine juga wahai zaujah. Zauh tak boleh tengok lampu/cahaya yang terlampau terang .. terasa urat di belakang otak ini dicengkam tahu. Kalau zaujah pula, "seperti kepala hendak tercabut."-katanya. (Hee)
Tak lain tak bukan kena berehat la .. untuk kelegakan secara temporary juga, ambil lah beberapa 'sip' air kopi. Ye.. kajian mendapati makanan or minuman yang mempunyai kafein dapat membantu melegakan sakit migraine neh. 

InsyaAllah...

**

Bersabarlah wahai zauj dan zaujahku .. ujian-Nya takkan dilontar diluar kekuatan setiap diri insan.
Zauj yakin, zaujah kuat menempuh dugaan dan ujian ini. Zaujah kena kuatkan semangat ye!
Ikhtiar .. usahalah. Insyaallah moga-moga Allah permudahkan urusan kita. Allahumma ameen.


أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ 
"Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan  yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari." 

Tuesday, 15 October 2013

Post pertama dari Zaujah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbh. 

Entri pertama dari zaujah & zauj yang disayangi kerana Allah Taala. Salam aidiladha buat sahabat sayang, dengar takbir je terus teringatkan zauj yang ada di Kedah sekarang. Terpaksa berjauhan. 

Tapi tu la pengorbanan. 
Berkorban dengan rela. demi zauj yang banyak bagi semangat. 

***

Kalau sebut tentang pengorbanan kan, memang satu benda yang susah kita nak buat tapi terpaksa buat demi kebaikan yang lain. Erti mudah ialah melepaskan satu kebaikan demi kebaikan yang lain. So berapa banyak lembu kena korban hari ni? 

kecik-kecik dulu selalu sedih if lembu dikorbankan ke, kambing or binatang empat kaki selain binatang peliharaan. tak apa, ini dariMu..dan juga untukMu. 

***

if korban kuliah guane pulok? 

Itu bukan termasuk dalam ibadah tu. Tu cari pasal sendiri. Zauj seronok sebab dapat cuti seminggu. Zaujah pula cuti berapa hari ja, khamis ada kelas praktikal dah. Tak boleh if tak pergi kelas. :)

Moga blog ni seiring dengan hubungan ni, ameen. 
Semoga bermanfaat blog ni sampai bila-bila.